Make your own free website on Tripod.com
LAMAN UTAMA | SEJARAH | GURU BESAR | LENCANA & BENDERA | ORGANISASI | PIBG | ENROLMEN | PENCAPAIAN | TERKINI | AKTIVITI | UNTUK ANDA

SK LUBUK CHEMPEDAK

LENCANA & BENDERA SK LUBUK CHEMPEDAK

LENCANA SKLC 

WARNA
Merah - melambangkan semangat warga SKLC untuk
              menuntut, menambahbaikkan ilmu
              pengetahuan selaras dengan perkembangan
              pesat pelbagai bidang khususnya bidang
              teknologi maklumat, serta sentiasa ber-
              semangat untuk mencurahkankannya kepada
              anak-anak bangsa yang bakal menjadi
              pemimpin di masa hadapan.
 
Kuning - Patuh kepada lima prinsip Rukunegara dan
                menjadikannya sebagai panduan utama
                dalam menjalankan segala kewajipan
                sebagai warga sekolah  ke arah menghasil-
                kan modal insan yang berkualiti, yang dapat
                bersama membangunkan bangsa & negara.
 
Hijau -    Dalam mewujudkan modal insan yang ber-
               kualiti, segala perintah Allah SWT dan ajaran
               serta sirah Rasulullah SAW, sentiasa menjadi
               panduan dan ikutan semua warga SKLC.
 
Biru -     Sebuah sekolah yang mempunyai per-
               sekitaran dalam dan luaran yang kondusif
               untuk pengajaran dan pembelajaran, amat
               memerlukan kerjasama yang erat dari semua
               peringkat masyarakat iaitu murid, guru, ibu-
               bapa, masyarakat dan juga pemimpin. Ini
               lah kekuatan yang menjadikan SKLC
               cemerlang, gemilang & terbilang.

logosklc.jpg

PERLAMBANGAN
 
Skrol Ijazah - Melambangan kejayaan yang gemilang, yang mana
                         ianya sentiasa menjadi wawasan semua warga
                         SKLC, memalui pelbagai program dan aktiviti yang
                         dijalankan.
 
Obor yang -    Seorang insan yang sempurna adalah seorang
menyala          yang mempunyai ilmu pengetahuan yang bukan
& buku.           sahaja untuk kesempurnaan dirinya, malah
                          dapat digunakan untuk faedah pihak lain, iaitu
                          untuk bangsa, agama dan negara.
 
Tiga Bulatan - Sesebuah institusi yang berjaya dan mencapai
Bersilang.        inspirasi masyarakat dan negara merupakan
                           hasil daripada kerjasama yang jitu dan erat
                           semua lapisan masyarakat. Semua pihak
                           berganding bahu untuk mencapai wawasan
                           yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

LAGU SEKOLAH
 
'SKLC MAJU'
 
SKLC sekolah ku,
Tempatku menimba ilmu,
Memajukan bangsa,
Membangun negara,
Warga SKLC berjasa.
 
Berkibar tinggi bendera mu,
Setinggi cita-cita ku,
Mengharum nama,
Sekolah tercinta,
SKLC bertambah maju,
SKLC bertambah maju.
 

"SKLC ANGGUN & GEMILANG"