Make your own free website on Tripod.com
LAMAN UTAMA | SEJARAH | GURU BESAR | LENCANA & BENDERA | ORGANISASI | PIBG | ENROLMEN | PENCAPAIAN | TERKINI | AKTIVITI | UNTUK ANDA

SK LUBUK CHEMPEDAK

SEJARAH SK LUBUK CHEMPEDAK

SEJARAH SKLC

Sebelum 1984 -
                             Sekolah Kebangsaan Lubuk Chempedak telah menumpang sebuah surau di Kampung Lubuk Chempedak, Pulau Tuba, Langkawi, bagi memberi pendidikan kepada anak-anak di Kampung Lubuk Chempedak, Kampung Bagan Asam dan Kampung Selat Bagan Pauh. Ketika ini, sekolah ini hanyalah cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior, yang terletak di Pulau Dayang Bunting. Sebelum ini anak-anak dari ketiga-tiga kampung ini terpaksa berulang alik ke Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior dengan merentasi Selat Tuba yang terletak di antara Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting.
tuba2.jpg
Bermula Tahun 1984 -
 
                     Tahun 1984, telah terciptanya sejarah buat penduduk di sini apabila bangunan pertama iaitu Blok A telah didirikan dengan semangat gotong royong penduduk setempat. Bangunan ini didirikan dengan menggunakan bahan-bahan daripada bangunan lama Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat, sebuah sekolah di pulau besar Langkawi.
bloka1.jpg

                Beberapa tahun selepas itu, bangunan Blok B, yang turut menempatkan kantin sekolah telah dibina. Kedua-dua blok bangunan ini telah digunakan secara maksimum sehingga tahun 1999.  Kedua-dua blok bangunan ini menempatkan Tahun 1 hingga ke Tahun 6, Prasekolah dan juga bilik sains.

Menjelang Tahun 2000 -
 
                      Blok baru, iaitu bangunan dua tingkat yang pertama telah dibina. Blok ini telah menempatkan bilik darjah Tahun 1, Tahun 2, Tahun 5, Tahun 6, bilik sains yang baru, bilik kemahiran hidup dan juga pejabat sekolah. Pada tahun 2005, sebuah makmal komputer telah dibina dengan ditempatkan 14 buah komputer. Tahun 2007 sebuah balik akses telah dibina dilokasi pejabat sekolah yang lama bersebelahan dengan Bilik Pemulihan Khas yang turut diwujudkan pada tahun 2007 tersebut.

sklc9.jpg
sklcbaru2.jpg

                 Pelajar-pelajar Sekolah kebangsaan Lubuk Chempedak adalah seratus peratusnya terdiri daripada orang-orang melayu, yang mana 90 peratus dari mereka adalah tediri daripada pendatang dari Perlis dan Kedah, yang membuka pertempatan baru di kawasan barat Pulau Tuba ini sekitar 40 tahun yang lalu. Sebahagian besar daripada mereka datang dari kawasan Yan, Sala, Kuala Kedah dan Kuala Sanglang di Kedah serta dari kawasan Kuala Perlis dan Sungai Baru di Perlis.
 
                Terdapat juga pendatang-pendatang dari kawasan Selatan Thai yang mana mereka ini mempunyai pertalian darah dengan pendatang-pendatang dari Perlis dan Kedah, yang telah datang lebih awal.

                Dari seg sosioekonominya, 95 peratus daripda penduduk di kawasan ini merupakan para nelayan kecil,  5 peratus lagi merupakan penoreh getah dan juga lain-lain pekerjaan. Pada keseluruhannya, kawasan barat Pulau Tuba ini menempatkan 180 buah rumah yang terdiri dari lebih 900 orang penduduk.

                 Dari segi geografinya, sekolah ini terpisah dari pulau besar Langkawi oleh laut, yang mana telah meninggalkan kesan yang besar terhadap kesedaran pendidikan di kalangan penduduk. Sebahagian besar dari mereka hanya cenderung untuk mewariskan pekerjaan mereka sebagai nelayan kepada anak-anak. Secara langsungnya menyebabkan tahap motivasi dan semangat belajar mereka di tahap rendah. Namun begitu menjelang tahun 2001, sebuah sekolah menengah telah dibuka, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi. Kesannya adalah lebih positif di mana bilangan anak-anak di kawasan ini yang melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat menengah telah bertambah. 

"SKLC ANGGUN & GEMILANG"