LAMAN UTAMA | SEJARAH | GURU BESAR | LENCANA & BENDERA | ORGANISASI | PIBG | ENROLMEN | PENCAPAIAN | TERKINI | AKTIVITI | UNTUK ANDA

SK LUBUK CHEMPEDAK

MAKLUMAN & MAKLUMAT TERKINI

MAKLUMAN & MAKLUMAN SEMASA

bloka1.jpg

UPSR 2008
 
Keputusan UPSR Tahun 2008 bagi SKLC agak sederhana. Bilangan pelajar yang menguasai semua subjek hanya 4 daripada 12 orang calon. Peratusan yang menguasai adalah 33.33 peratus.

          Namun begitu, pihak SKLC amat berbangga kerana dua subjek yang menjadi tumpuan utama seluruh negara iaitu Sains dan Matematik telah memperolehi peratusan lulus yang tertinggi, iaitu masing-masing mencatatkan 83.3 peratus iaitu 10 daripada 12 orang calon telah lulus dengan sekurang-kurangnya pangkat C.

Selamat Datang Ke SKLC
 
   Pada 1 Julai 2008 ini, pihak SKLC telah menerima Guru Besar yang baru, iaitu En Ruslan bin Ali yang menggantikan Tn Hj Razali bin Hanapiah yang telah bertukar ke daerah Kulim. Beliau merupakan bekas Penolong Kanan Kokurikulum, di
Sek Keb Kuala Teriang, Langkawi.
 
   Pihak SKLC juga telah menerima seorang guru Pengajian Melayu iaitu  Pn Hariati Dallilah bt Hussain. Beliau yang berasal dari Alor Star, Kedah merupakan guru baru yang ditempatkan di sekolah ini. 
 
Pada tahun 2009 ini,  pihak SKLC juga menerima dua orang Guru yang baru, yang bertukar masuk. Mereka ialah:
1. En. Mohd Naim bin Kodek @ Kader.
2. En. Md Shahrum Nizam
 

sklc9.jpg

15 Januari 2009.
 
Guru Ganti, Cik Norhafidah bt Alias, melaporkan diri untuk bertugas.

Pertukaran Keluar
 
Pada 16 Mac 2009, guru yang paling lama bertugas di SKLC, iaitu En. Hazimi bin Hussain, telah bertukar ke SK Seri Negeri, Langkawi.
             Beliau yang mula bertugas di SKLC sejak 16 Februari 1998 merupakan bekas Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran di sekolah ini.
 
Sementara itu, pada tahun 2009 ini, seorang guru telah bertukar keluar, iaitu En Azhan bin Talib. Beliau telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat, Alor Setar

Terima kasih dari pihak SKLC.

MASIH SEPERTI DULU....
 
Masalah kekurangan guru terus melanda SKLC. Daripada 7 memo pertukaran masuk ke sini, hanya 2 orang guru sahaja yang melaporkan diri.
 
PIHAK KPM dan JPN KEDAH, TOLONG DAN BANTULAH KAMI.

"SKLC ANGGUN & GEMILANG"