| Sekolah Kebangsaan Lubuk Chempedak sebuah sekolah yang terletak di Pulau Tuba, 15 batu nautika dari
                           Pulau Langkawi. Lokasinya merupakan di kawasan Pulau Tuba yang menghadap ke Selat Tuba. Mempunyai seramai 96 orang pelajar
                           yang terdiri dari anak-anak penduduk di kawasan Bagan Assam, Lubuk Chempedak dan juga Bagan Pauh.         Sekolah ini mempunyai 12 kakitangan akademik dan 5 kakitangan
                           sokongan, yang mana sentiasa berusaha menjadikan SKLC di antara sekolah terbaik di Langkawi.
                           
 Misi SKLC
                           
 SK Lubuk Chempedak mempunyai misi untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang bukan sahaja di peringkat
                           negeri dan kebangsaan, malah sehingga ke peringkat antarabangsa.
                           
 Visi SKLC   SKLC mempunyai visi untuk menjadikan sekolah ini antara 5 sekolah terbaik di Langkawi
                           dan juga antara 10 sekolah terbaik di negeri Kedah menjelang Tahun 2010.
                           
 |